Monday, March 19, 2012
BUAT SIKIT-SIKIT - Alvin MY [ Official Music Video ]
Song title: Buat Sikit-Sikit
Song & lyrics by: Alvin MY (Ranauboy)
Music arranged/programmed by: Reuben Raymond
Video produced by: Richado Tawith
Saturday, March 10, 2012
On The Go
'Learning You' music video is FINALLY FINALLY out! Watch it on youtube and tell us what you think. More songs and videos to come! I'm currently working on a song with Jonathan Tse in Refuge Studios.
Sunday, February 5, 2012
CINTA RASUL
Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera. Good morning, sebab saya buat entry ni awal pagi. Hari ini 12 Rabiulawal 1433H, rasanya ramai juga yang tahu hari ni hari apa. Hari ini adalah hari keputeraan atau kelahiran Rasulullah Muhammad saw.
Saya buat entry ni bukanlah untuk go detail tentang sejarah kenabian kerana ternyata ada banyak lagi yang perlu saya pelajari dan fahami dalam konteks itu. Jauh sekali untuk berkhutbah. Hanya mahu berkongsi.
Tahun ini saya 31 tahun, saya akui dalam tempoh itu banyak dosa yang telah saya lakukan, sengaja ataupun tidak. Jadi pada hari ini apabila saya melihat perkara2 yang mungkar ataupun salah ataupun dosa yang dilakukan oleh orang2 yang saya kenal mahupun tidak, walaupun terdetik dalam hati saya ketidaksetujuan, namun saya akan ingatkan diri saya yang saya pun pernah seperti itu dan mungkin masih seperti itu.
OK berbalik kita kepada tarikh hari ini. Kalau kita tengok di facebook dan twitter, banyak kita baca ucapan maulid nabi, ucapan selawat ke atas nabi, puji-pujian dan yang baik2 ke atas Nabi Muhammad saw. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kita sedar dan membesarkan hari ini. Yalah kalau birthday kita pun kita mau orang tau, kalau birthday anak kita pun ada yang tumbang kerbau kambing segala kan?
Bagi umat Islam, Nabi Muhammad saw adalah sebaik2 insan. Kita sering terdengar ungkapan yang mengatakan baginda adalah "Rahmat Seluruh Alam". Semestinya kelahiran Nabi Muhammad saw itu adalah rahmat yang sangat besar. Kerana setelah lahirnya baginda, yang kemudiannya diutus menjadi Rasul, melaluinya Allah menyampaikan risalah Islam yang kita pegang sehingga ke hari ini. Melaluinya kita kenal Allah yang maha esa, yang telah menciptakan kita serta segala apa yang ada di dunia dan juga di akhirat. Setiap nabi sebelumnya juga menyeru kita menyembah Allah yang maha esa, untuk patuh pada suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
Apa yang sebenarnya ingin saya kongsi di sini ialah, cara sesuai mengenang Nabi Muhammad saw, selain daripada ucapan di facebook dan twitter, adalah dengan mempraktikkan ajaran yang telah disampaikannya. Ada di kalangan umat Islam yang marah atau tercabar bila agamanya dihina dan diperlekehkan, tapi dalam masa yang sama tidak sembahyang 5 waktu, selalu menggunakan kata2 kesat, tidak berpuasa dan membuat benda2 yang sama sekali tidak menggambarkan peribadi dan akhlak seorang Islam. Kita sendiri tidak menghormati agama kita, bagaimana pula kita mahu orang lain turut sama hormat?
Hayati perjuangan dan cabaran Nabi Muhammad saw serta para sahabatnya menyebarkan Islam. Hayati ajaran Islam yang menyeru kita menyembah Allah swt yang telah menciptakan kita. Selawat ke atas Nabi Muhammad saw. Semoga kita mendapat syafaatnya kelak. Amin.
Wallahualam.

Wednesday, February 1, 2012
Happy Birthday Dazeree
Kalau nampak menunjuk-nunjuk dari apa segi pun, I apologize from the bottom, hamba ini masih lemah imannya.
Hari ini 1 Februari, maksudnya isteri saya menginjak ke usia baru, di tahun masihi. Sepanjang perkenalan kami, ini kali ketiga tarikh ini datang. Saya terbangun kira-kira 2pagi, sambil mengingati hari ini harijadi isteri. Biasalah kalau hari istimewa begini kebiasaannya mesti kasi hadiah.
Tapi ketika terbangun ini, tiba-tiba datang flashback. Muncul semua tu imej dalam kepala saya, pengorbanan dan kerja keras isteri saya selama ini, dari saya kenal dia sebagai isteri, kawan dan juga cerita-cerita sebelum kami berkenalan. Isteri saya ini seorang manusia biasa, punya hati yang perlu dibelai dan dijaga. But I'm not sure kalau I've done enough. Pada saya dia salah seorang contoh perempuan yang terbaik, menjaga kebajikan dan makan minum suami dan anaknya. Sedap pula tu masakan dia, pandai buat kek lagi, cantik lagi. Apa lagi yang saya mau?
Teringat lagi hari bersejarah 20 mac 2011, ketika berada di wad bersalin, betapa sakitnya isteri saya melahirkan anak kami. Walaupun bukan saya yang terasa sakit, tapi melihat wajah isteri serta kepayahannya saat itu, Allah saja yang tahu perasaan saya. Mungkin bapa-bapa yang pernah tgk isteri dorang beranak pun tau jugalah.
Jadi, tergerak hati saya untuk bangun dan solat sunat, mendoakan kesejahteraan isteri, supaya jiwanya bersih dan suci, supaya menjadi seorang insan yang taat kepada perintah Tuhan, menjadi wanita yang solehah serta untuknya segala kebaikan yang ada di muka bumi ini. Semoga diberi kelembutan pada hati dan jiwanya. Saya juga berdoa, agar di hari ini, isteri saya akan berasa tenang dan gembira segembiranya.
Ada hikmah kenapa kita dipertemukan untuk menjadi suami isteri, iaitu untuk melengkapi antara satu sama lain. Now, kita lebih lengkap dengan adanya Adelise. InsyaAllah, masih buli 'lengkap' lagi hehe.
Happy birthday yang ke 27 sayang!
Assalamualaikum wbt.

Saturday, January 28, 2012
A.D.A
Yours truly, my wife Dazeree and our daughter Adelise in Genting Highlands December 2011. Went there with my mother in-law, and sisters in-law - Serra, Iry and Poyo.
Subscribe to:
Posts (Atom)